Bulan Kewangan Berhemat-10 Isu Kewangan Anda

Perancangan dan pengurusan kewangan adalah kritikal bagi kesejahteraan kewangan. Terlalu ramai pengguna, terutama sekali golongan pekerja muda. telah terjerumus dengan pelbagai masalah dan isu yang berkaitan kewangan Masalah-masalah ini boleh mengakibatkan kebankrapan, masalah kewangan yang serius, tekanan hidup dan tekanan dalam keluarga.

Di antara isu terpenting dalam pengurusan kewangan adalah cara mengendalikan kredit, terutama sekali kad kredit, mempunyai tabungan yang cukup untuk menghadapi sebarang kecemasan atau membiayai satu-satu perbelanjaan penting seperti berkahwin atau melanjutkan pelajaran, membeli aset penting seperti rumah, melabur, membeli insurans dan persiapan untuk persaraan. Isu kewangan lain yang juga sangat penting adalah semakin ramai pengguna tertipu dengan pelbagai bentuk penipuan atau scam. Sebagai pengguna, anda harus tahu untuk kenal pasti penawaran yang tulen atau penipuan.

Buku ini memberikan panduan tentang cara-cara untuk mengendalikan isu-isu tersebut dengan bijak. Akan tetapi pengetahuan sahaja tidak mencukupi.Anda mesti mempraktikkan pengetahuan ini. Sebagai contoh, jika perlu anda hendaklah mengawasi perbelanjaan anda secara teratur dan bertulis untuk mengenal pasti corak perbelanjaan sebenar anda. Ataupun anda mesti sanggup untuk menyediakan anggaran perbelanjaan untuk mengawal perbelanjaan secara lebih berkesan.

Seterusnya, anda juga perlu sanggup untuk mengubah corak perbelanjaan anda. Sebagai contoh, bagi mengurangkan perbelanjaan anda, maka anda bolehlah menggantikan barang jenama dengan barang tempatan atau generik yang lebih murah, tetapi mempunyai kualiti yang sama.

Maklumat dalam buku ini memberikan panduan tentang tingkah laku kewangan yang sewajarnya. Terpulanglah kepada anda untuk mencorakkar:icea ini kepada cara hidup yang dapat memberikan kesejahteraan kepada hidup anda.

Buku ini diterbitkan sempena Bulan Kewangan Berhemat preel tahun 2012.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)